Tuesday, February 23, 2010

Kata Tugas


KENALI KATA TUGAS
● Semua golongan yang bukan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
● Perkataan yang hadir dalam binaan frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis.

JENIS KATA TUGAS
• Terdiri daripada tiga jenis utama :
a) Kata penyambung ayat
b) Kata praklausa
c) Kata prafrasa

Kata Penyambung Ayat
• Terbahagi kepada 2 jenis :
a Kata Hubung Gabungan
- Perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama tara seperti atau, sambil, serta.
Contoh:
 Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok
 Kakak memandu kereta sambil mendengar radio

Kata Hubung Pancangan
• Terbahagi kepada tiga ;
(i) Kata hubung pancangan relatif – Terdiri daripada perkataan ‘yang’ iaitu kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil. Contoh;
aKakak memujuk adik yang sedang menangis itu.
(ii) Kata Hubung Pancangan Komplemen;
aTerdiri daripada perkataan ‘bahawa’ dan ‘untuk’,
aMenghubungkan klausa pelengkap kepada satu klausa utama.
Contoh;
†Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.
†Fairuz datang untuk menziarahi kawan baiknya.

(iii) Kata Hubung Pancangan Keterangan
 Menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan.
 Semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, tatkala
Contoh;
 Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.
 Dia dirawat di hospital kerana kemalangan jalan raya

Kata Praklausa
 Perkataan yang berada di bahagian hadapan klausa dan bertugas untuk menimbulkan seruan, pertanyaan atau penerang pangkal klausa

Kata Seru
 Melahirkan berbagai-bagai perasaan.
 Menggunakan penanda seru pada akhir ayat.
 Wah, cantiknya rumah itu! (Betul)
 Wah! Cantiknya rumah itu. (Salah)

Kata Perintah
 Perkataan yang digunakan untuk menyampaikan arahan,larangan,suruhan atau permintaan.

Kata Pangkal Ayat
 Perkataan yang digunakan sebagai penanda kesinambungan ayat dalam wacana dan kedudukannya adalah pada bahagian hadapan ayat. Kata ini banyak terdapat dalam teks klasik.
Adapun Sebermula Syahadan
Alkisah Maka Hatta

Kata Prafrausa
 Perkataan yang terletak di bahagian hadapan frasa seperti frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
 Terbahagi kepada beberapa jenis

Kata Bantu
Kata bantu aspek
- Suasana perbezaan masa.
- Pernah,sudah,telah,belum,sedang,masih
Contoh : Dia masih belajar.

Kata bantu ragam
- Menyatakan atau menerangkan ragam perasaan berkaitan perbuatan yang dilakukan.
- Harus, mahu, hendak, mesti, boleh, dapat.
Contoh : Rina hendak berhijrah ke Kuala Lumpur

Kata Penguat
 Perkataan yang digunakan bagi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
 Kata penguat hadapan – kedudukannya adalah di hadapan kata adjektif.
- Paling, terlalu, agak.
- Contoh : Maimunah adalah gadis paling comel di institut itu.
• Kata penguat belakang – Di belakang kata adjektif.
- Sekali, benar, dan nian
- Contoh : Indah nian

Kata penguat bebas – Sama ada di hadapan atau belakang kata adjektif.
- Sungguh, amat, sangat
- Contoh : Dia sangat gembira / Dia gembira sungguh.
Kata Penegas
 Juga disebut sebagai partikel iaitu perkataan yang digunakan bagi memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.
 Kata yang menegaskan frasa predikat, iaitu apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan.
- Contoh : Faiza memakai baju berwarna merah
] Siapakah yang memakai baju merah itu?
 Juga disebut sebagai partikel iaitu perkataan yang digunakan bagi memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.
 Kata yang menegaskan frasa predikat, iaitu apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan.
- Contoh : Faiza memakai baju berwarna merah
] Siapakah yang memakai baju merah itu?
Kata Nafi
 Perkataan yang digunakan bagi menafikan atau menidakkan seseorang atau sesuatu perkara.
 Tidak dan bukan
 Contoh :
- Baju ini bukan untuk Suzi tetapi untuk adik saya.
- Sungai itu tidak dalam sangat.
Kata Pemeri
 Perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat ayat.
 Contoh :
- Dia ialah sasterawan negara.
- Buku itu adalah kepunyaan adik.
Kata Arah
 Menunjukkan hala atau jurusan sesuatu perkara.
 Digunakan sebelum frasa nama dan lazimnya disertai oleh kata sendi nama.
- Contoh : Bola itu di bawah meja.
Kata Bilangan
 Jumlah atau bilangan sesuatu perkara, orang atau benda. Kata ini terbahagi kepada lima :
- Bilangan tentu : satu, dua, tiga, empat
- Bilangan tak tentu : beberapa, seluruh
- Bilangan himpunan : bertin-tin, berhari-hari
- Bilangan pisahan : masing-masing, tiap-tiap
- Bilangan pecahan : separuh, setengah,

Kata Sendi Nama
 Biasanya terdapat pada bahagian hadapan frasa nama.
 Contoh : di, ke, pada, kepada, daripada, dari, untuk

2 comments:

Unknown said...

bolehkah kita menggunakan perkataan halus untuk baju.

pakdoe said...

'masih' adakah sejenis kata tugas?

Post a Comment